Tuesday 20 March 2012

Salam Perkenalan

Assalamualaikum wbt.

Tujuan blog ini diadakan adalah untuk saya berkongsi dengan pembaca tentang dialog Sunni dan Syiah yang saya buat bagi memudahkan masyarakat dan orang awam memahaminya. Saya mohon maaf jika ada yang salah dalam Blog ini dan saya bersedia menerima teguran bagi membetulkan mana-mana fakta yang salah, dan saya harap dengan usaha yang tidak seberapa ini dapatlah membantu orang awam tentang mengapa kami ASWJ menolak Syiah. Namun, saya akui bahawa saudara kita di Syiah masih lagi Islam (kecuali yang akidahnya dengan jelas syirik dan cuba untuk mengkafirkan sahabat Rasul SAW) dan mereka hanyalah tersesat jalan dan ia menjadi tanggungjawab kita membimbing mereka ke pangkal jalan, tidak perlu diperangi dengan senjata namun cukup mematahkan mereka dengan hujah, maka bagi penguasa dan pemerintah Islam, janganlah beri keizinan kepada mereka untuk menyebarkan ajaran Syiah di Bumi Sunni, kerana perpecahan pasti akan berlaku dan ketegangan tidak akan reda.

Wallahualam

1 comment:

  1. Assalammualaikum tuan,

    Post tuan amat menarik dan merupakan satu perkara baru bagi saya... Ini kerana ilmu tuan tentang penafsiran ayat2 Al-Quran berdasarkan banyak faktor2 memerlukan kajian yang amat mendalam...
    Jika tak keberatan dimana lagi boleh saya cari post tentang hurai hadis atau Al-quran seperti yang tuan postkan ini..
    Terima kasih,
    Badrul

    ReplyDelete