Tuesday 20 March 2012

Kemaksuman Para Ahlul Bait Bahagian 4: Surah Al-Ahzab 33 dan Hadis Kisa'



Kemaksuman Para Ahlul Bait Bahagian 4: Surah Al-Ahzab 33 dan Hadis Kisa'

SYIAH: Baik, terangkan kepada saya bagimana kamu memahami ayat Tahhir ?

SUNNI: Berkenaan dengan ayat Tahhir tersebut, saya tidak melihat penyucian tersebut membawa kepada kemaksuman. Tetapi ia lebih kepada kemulian. Saya kemukakan beberapa pandangan saya

1. Sayyid al-Husaini al-Milani menyatakan ayat ini jatuh dalam iradah takwiniyah (Ayat Tahhir, ms 27). Saya tidak bersetuju sebab ia jelas dalam bentuk syar’iyyah.Sebabnya ayat 33 tersebut didahului dengan beberapa suruhan syar’iyah seperti jangan bertabarruj, dirikan solat, tunaikan zakat dan lain2. Maka penyucian tersebut bergantung kepada pengamalan syariat2 tersebut oleh ahlul bait dan bukannya satu yang ditetapkan oleh Allah sejak azali

Sama seperti al-Maidah ayat 6 dimana penyucian kepada orang-orang beriman hanya selepas mereka mengerjakan wudhu’ dengan sempurna.

2. Pernggunaan perkataan ‘kehendak’ dalam ayat 33 adalah dalam bentuk fi’il mudari’(akan berkehendak) dan bukannya fi’l madhi (telah berkehendak). Maka ia bukti sebagai iradah syar’iiyah.Ini juga diperhatikan dalam al-Maidah ayat 6

Maka saya ingin lihat pandangan kamu dalam ayat ini. Jika apakah kamu beranggapan ayat tersebut adalah iradah takwiniyah yakni ia ditetapkan oleh Allah dan bukannya pilihan mereka??

Jika ya, boleh tak kamu bawakan contoh ayat al-Quran yang menunjukkan fi’il mudhari’ bagi perkataan kehendak boleh juga merujuk kepada iradah takwiniyah

SYIAH: Apabila ayat tathhir ini turunnya terpisah dari ayat sebelumnya, maka tiada sebab anda menolak bahawa iradah di sini bersifat takwini kerana penyucian di dalamnya tidak langsung terikat dengan mana2 praktik syari’e manapun. Asbabun Nuzul ayat ini menunjukkan ia turun secara berasingan dari ayat sebelum dan sesudahnya. Maka seperti hal yg telah anda sendiri ketahui ia turun secara berasingan!
 Seperti yang kita ketahui, fiil Mudhari’ itu bukan seperti yg anda katakan sebaliknya ialah bersifat present continuous/sekarang dan akan datang maka ia bermaksud ‘sentiasa berkehendak’ dan tidak tepat dengan perkataan anda iaitu ‘akan berkehendak’ (masa hadapan).

SUNNI: Anda masih lagi cuba untuk melambakkan permaslaahan lain dalam hal ini iaitu asbabun nuzunny, Saya ulangi bahawa kita mesti focus dan tersusun dalam perbahasan, saya fikir tak perlu saya ingatkan anda lagi berkenaan hal ini.
Kembali kepada perbahasan. Jika demikian, macam mana syiah mengatakan kemaksuman ahlul bait telah ditetapkan sejak azali lagi sedangkan ayat tersebut menggunakan fi’l mudhari’ yang bersifat present continuous/sekarang?


SYIAH: Baik, saya bawakan contohnya, Bila Allah SWT berfirman, “Allah dan MalaikatNya Yusalli alan Nabi” Apakah anda fikir Allah dan MalaikatNya baru berselawat saat ayat itu diturunkan atau anda membacanya sebagai sentiasa berselawat? Atau apakah anda guruh dan Malaikat baru sahaja bertasbih bila ayat ini diturunkan "Dia lah juga Yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya (Yusabbihu) ..(Ar Radd 13)”, Ataupun hal yg sama pada ayat ini iaitu apakah langit, bumi serta sekalian makhluk baru bertasbih bila ayat berikut diturunkan kerana fiil mudhari' yg digunakan didalamnya? : ” langit Yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk Yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih Dengan memujiNya..” (Al Isra 44). Jadi dalam ayat Tathhir, Allah ‘sentiasa berkehendak’ ‘Sentiasa ingin’ untuk supaya Ahlul Bait a.s sentiasa suci sesuci-sucinya.

SUNNI: Benar pandangan anda ini. Ini bermakna pujian Allah kepada ahlul bait itu sentiasa berlaku. Sama juga dengan tasbih yang dilakukan oleh makhluk Allah itu sentiasa berlaku. Tapi itu bukan bermaksud kesemua itu berlaku sejak azali lagi Maka penyucian ahlul bait memang berlaku dan sentiasa berlaku selagi mana mereka berpegang kepada syariat Jadi penyucian mereka bergantung kepada syariat dan bukannya takwiniyiah Jika ia berlaku secara takwiniyah, maka tidak perlu lagi kepada penyucian yang berterusan.


SYIAH: Itu pendapat anda yang tidak didokong dengan apa2pun. dan di sisi kami, hadis2 ttg ahlul bait dan kesucian mereka sebagai tambahan kpd dalil atas hal ini. Termasuk hadis tsaqalain yg jelas menunjukkan kemaksuman mereka.

SUNNI: Biarkan dahulu hadis Tsaqalain, kita berbicara tentang Al-Ahzab 33 dan Hadis Kisa’ yg menjadi tulang belakang kemaksuman Para Imam Syiah. Tambahan pula jika anda berkata demikian, maka Jadi ternyata hadith ahlul kisa tidak menunjukkan kemaksuman semata-mata.

SYIAH: Baik, Kami yakin bahawa Ahlul bait maksum sejak azali lagi, bagaimana ketidaksucian boleh menghinggap mereka apabila Allah telah mensucikan mereka sesuci2nya? Dan apa pendapat anda mengenai imam Hasan dan Husein a.s yg masih kecil dalam persitiwa ini. Apakah mereka sebelumnya berdosa/kotor?


SUNNI: Nah, siapa pula yang mengatakan budak-budak yang belum baligh maksum, saya jelaskan menggunakan dalil akal sahaja terhadap contoh terdesak kamu ini, Nabi saw maksum, jika baginda lakukan sesuatu, maka kita boleh tiru dan ikut malah dapat pahala kerna buat benda yg baik dan penuh hikmah, ini kerana Nabi saw maksum terpelihara dan setiap perbuatannya adalah betul belaka dan dijadikan panduan, masakan kamu kata budak-budak kecil adalah maksum? Setiap perbuatan budak kecil boleh dijadikan ikutan? Jika kamu katakan tidak berdosa maka boleh diterima, tetapi bukanlah bermaksud tidak berdosa itu adalah betul dan boleh ikut. Ia bergantung kepada keadaan. Masalah dengan kamu, kamu bukan mempertahankan kesucian dosa, tapi kamu kata mereka maksum azali salah satu sebabnya mereka adalah budak kecil. Ini satu contoh yang terdesak.

SYIAH: Sucinya mereka dan tidak akan sekali-kali melakukan kesalahan adalah hasil /natijah dari penyucian berterusan Allah ke atas mereka. 

SUNNI: Maaf, para nabi sendiri telah melakukan kesalahan walaupun mereka dianggap maksum. Masakan ahlul bait tidak langsung melakukan kesalahan. Bukankah Rasulullah s.a.w sendiri pernah ditegur dalam al-Quran?

SYIAH: Nah hujjah anda ini jadi dalil lebih baik kerana (mengikut standard hujjah anda ini) jikalau kesalahan para Nabi a.s tidak merosak kemaksuman mereka, jadi hal yang sama juga sepatutnya applied to Ahlul Bait a.s. 

SUNNI: Bagaimana mahu applied kepada Ahlul Bait jika Ayat Ahzab 33 itu bukan menunjukkan kemaksuman? anda jangan lupa definisi kemaksuman Syiah berlainan dengan Sunni, anda sudah mula mengkontradiksi definisi anda sendiri.

SYAIH: Baiklah,  Inilah juga hal yang telah saya sebutkan sejak awal : Iradah Allah (keinginan Allah) pada ayat adalah Iradah takwini dan bukannya tasy’iri. Iradah takwini dan penyucian sejak azali dua perkara berbeza, dan anda sendiri mengetahuinya. Iradah takwini spt yang terakhir anda katakan, bahawa ia adalah satu kehendak Allah tanpa objek penyucian perlu kpd perlaksanaan ibadah Syar’ie terlebih dahulu. Sedangkan penyucian azali adalah satu hal yang lain pula. 

SUNNI: Jika anda beranggapan iradah takwini disini bukan merujuk kepada penetapan sejak azali lagi. Maka saya bersetuju dengan anda. Anda perlu membuktikn kes ini adalah sejak dari azali. Tiada bukti.

SYIAH:  spt yg sudah saya nyatakan. Takwini secara mudahnya : adalah ketetapan Allah yg berlaku tanpa syarat. Sejak azali secara mudahnya : sejak mula2 lagi. Jadi kalau anda Tanya mana2 org syiah pun iotulah jawapannya sebab ia adalah dua perkara yang berbeza. Namun sebaliknya jikalau pertanyaan anda itu berbunyi: “Apakah iradah takwini ini terjadi sejak azali para Imam a.s,” maka jawabnya “Ya sudah tentu”. 

SUNNI:  Seperti yang saya katakan, tidak menjadi masalah apabila wujud perbezaan iradah disini, sebabnya asal ayat memang iradah tashri’yyah kepada isteri-isteri nabi. Namun, ia menjadi iradah takwini hanya kepada ahlul kisa selepas didoakan oleh Rasulullah saw. Saya harap anda faham ini. Baiklah. Apa yang saya mahu katakan, tanpa riwayat hadis kisa’ maka apakah pendpaat kamu ia adalah iradah tashri’yyah?

SYIAH: Saya tak bersetuju.

SUNNI: Masakan lagi kamu tidak bersetuju, kamu tidak dapat menjawab saya dalam hal ayat ini terpisah dan perkataan ar-rijs itu sendiri dalam Al-Quran. Anda juga gagal membawa mana-mana Ayat Al Quran yang menggunakan Irradah Takwini dalam konteks yg serupa dengan Al Ahzab 33. Maka apa lagi yang kamu tidak setuju?

SYIAH: Kami katakan bahawa Hadis Kisa’ itu yang menjadikan ia sebagai iradah takwini. Sudah terang jelas dan bersuluh.

SUNNI: Saya ulang kembali soalan supaya kamu tidak salah jawab lagi kali ini, Saya harap anda faham ini. Baiklah. Apa yang saya mahu katakan, tanpa riwayat hadis kisa’ maka apakah pendpaat kamu ia adalah iradah tashri’yyah?

SYIAH: Baik, for the sake of Argument, i agree.

SUNNI: Alhamdulillah !! Sekarang kita sudah selesai isu-isu dalam Al-Quran, dari mula sehingga akhir kami telah bongkar kebathilan kamu dalam memahami ayat-ayat Al-Quran. Sekarang kita masuk bahagian Akhir. Iaitu Asbabun Nuzunnya, Hadis Kisa’.

 Bersambung ke Bahagian 5

No comments:

Post a Comment