Tuesday 20 March 2012

Kemaksuman Para Ahlul Bait Bahagian 2: Surah Al-Ahzab 33 dan Hadis Kisa'


Kemaksuman Para Ahlul Bait Bahagian 2: Surah Al-Ahzab 33 dan Hadis Kisa'

BAb Ar-Rijs
  
SUNNI : saya ingin bertanya tentang surah al ahzab 33 pada pandangan syiah. Apakah sebagAi dalil bahawa ahlul bait itu maksum? 

SYIAH:  Cukuplah bahawa tathhir dalam ayat adalah penjelasan atas penyucian Ahlul Kisa' dari Al rijs - segala bentuk/jenis ketidaksucian dengan bentuk penyucian paling sempurna dgn penegasan akhirnya (susuci2nya), sehingga jenis penyucian jenis ini hanya diberlakukan kpd para maksum dari Nabi Muhammad saaw dan keluarga sucinya sahaja dgn penegasan kalimah hasyr (innama) pada bhg awal ayat sebagai petunjuk bebasnya mereka dari sebarang dosa/maksum. 

SUNNI: Saya harap kita boleh tumpukan satu-satu dahulu, usah lambakkan terus dengan pelbagai situasi dan sebab lain, kita selesaikan bab ar rijs dahulu. Baik, Jika penyucian dari ar-rijs disini bermaksud penyucian dari dosa maka macam mana pula dengan ayat al-an-Anfal 8 :11 berikut

إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ وَيُذْهِبَ عَنْكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَى قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَامَ (11)

Terjemahan: Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari rijs al-syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan mesmperteguh dengannya telapak kaki(mu)

Ayat di atas jelas menggunakan perkataan rijs bahkan lebih SPECIFIK dari ar-Rijs dalam surah al-Ahzab 33 yakni rijs yang disebabkan oleh syaitan

Kalau kitakan penyucian ar-Rijs membawa maksud kemaksuman maka kita juga perlu katakan penyucian di atas telah ‘memaksumkan’ sahabah.

SYIAHl: Sesetengah ulama kami mengatakan ia hanyalah gangguan syaitan bukannya dosa.

SUNNI: kami tahu Ada yang membidas dengan mengatakan ar-Rijs di atas gangguan syaitan bukannya dosa, Saya katakan jikapun ia gangguan syaitan, maka apakah para sahabah telah bebas sepenuhnya dari gangguan syaitan dan tidak sekali-kali melakukan dosa akibat gangguan syaitan??

SYIAH: Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan ar-Rijs dalam ayat at-Tahhir?

SUNNI: Bagi saya, ia bukan sebarang jenis rijs kerana ia datang dalam bentuk makrifat. Jadi ar-Rijs disini adalah satu bentuk penyucian khusus.

Menurut riwayat dalam kitab syiah daripada imam, ia penyucian khusus tersebut ialah bebas dari keraguan (
الرجس هو الشك) Rujuk Basair Darajat (1/232), Ma’ani al-Akhbar (1/171) dan lain2 rujukan

Saya tahu ada ulama syiah yang menakwilkannya sebagai penyucian dosa tapi apa yang saya fokuskan ialah kata-kata imam syiah sendiri, bukan takwilan para pengikutnya agar sesuai dengan hawa nafsu mereka.

Mungkin anda  boleh bawakkan riwayat yang menjelaskan maksud ar-Rijs disisi imam-imam syiah

Maka saya berpendapat penyucian dari ar-Rijs tidak kira samada dari syaitan ataupun dari keraguan tidak membawa erti kemaksuman.

SYIAH: Tetapi jika anda lihat ada perkataan Innama yang memisahkan ayat tersebut dan doa Rasulullah  kepada ahlul kisa’, ini membuktikan pembersihan dosa ini memang ditujukan kepada ahlul kisa’ sahaja.
SUNNI: Sudah saya tegaskan diawal perbicaraan, jangan melambakkan sesuatu hal lain dalam masalah ini, kita berbicara tentang Ar-Rijs, disini yang Syiah kata ia menyucikan dari dosa. Perkataan innama itu kita bahaskan kemudia kerana ia terkeluar dari perbahasan masalah ini sebab ia bukan kemaksuman, tetapi masalah kepada siapa ia ditujukan.

SYIAH:  Dalam syiah, air yg turun dari langit/hujan tidak dapat memaksumkan sesiapapun jua. Apakah dalam fahaman anda ia berlaku sebaliknya?


SUNNI: Dalam ayat penjelasan Surah Al Anfal ayat 8 tersebut, ada huruf ‘athaf yang membezakan antara air hujan dan penyucian dari rijs as-syaitan Jadi ia merujuk kepada dua perkara yang berbeza

“Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu DAN menghilangkan dari rijs al-syaitan”

Penghilangan rijs as-syaitan dan penyucian air hujan adalah perkara yang berbeza

Sebab tu kat tengah2 ada huruf athaf yakni ‘wau’ (DAN)
Jadi saya tidak merujuk kepada penyucian air hujan tapi merujuk kepada penghilangan rijs as-syaitan. Penghilangan ar-Rijs dalam ayat ini tiada kaitan dengan penyucian air hujan

Cuma persoalannya, apakah penghilangan ar-Rijs disini menunjukkan kemaksuman??

SYIAH:  Ibnu Jarir Al Tabari menjelaskan bahawa hujan telah menghilangkan was-was syaitan kerana kaum Muslimin sebelumnya mengerjakan solat dalam keadaan junub. Ibnu katsir dalam tafsirnya menyebut sebuah riwayat mengenai hal ini di mana syaitan membisikkan was2 kepada kaum Muslimin yang dalam keadaan sangat keletihan dan telah pula kehilangan kawasan air kepada tentera musyrikin, sehingga mereka terpaksa menunaikan solat dalam keadaan junub kerana ketiadaan air. Maka dengan hujan tersebut, kaum Muslimin dapat minum, melaksanakan ibadah dengan sempurna yang dengannya telah menghilangkan was-was dari syaitan.

Jadi di sini hilangnya rijs syaitan adalah dikeranakan turunnya hujan, bukan selain itu. Dan mengenai penyucian dalam ayat tathhir, bagaimana anda memungkinkan mereka dapat dihinggapi ketidaksucian apabila Allah SWt sendirilah yang telah menyucikan mereka dengan sesuci-suci penyucian?

SUNNI: tidak jadi masalah saya menerima penjelasan at-Tabari dan Ibnu Kathir tersebut jika dia menafsirkan ar-Rijs syaitan tersebut sebagai gangguan syaitan dan Allah telah menyucikan mereka daripadanya

Tapi apakah itu bermaksud setiap kali selepas solat, selain dari kes tersebut ia menyebabkan mereka telah hilang dari gangguan syaitan? Ataupun ia merujuk kepada spesifik peristiwa tersebut?

Sebab itu saya katakan pada awalnya,saya katakan jikapun ia gangguan syaitan, maka apakah para sahabah telah bebas sepenuhnya dari gangguan syaitan dan tidak sekali-kali melakukan dosa akibat gangguan syaitan??


SYIAH : Sudah tentu secara umumnya hujan tidak menghilangkan was-was syaitan, melainkan anda fikir sebaliknya. Jadi terbukti ia berlaku khusus pada peristiwa tersebut sahaja.   kerana itu sejak awal lagi telah saya katakan kpd anda: "Dalam syiah, air yg turun dari langit/hujan tidak dapat memaksumkan sesiapapun jua. Apakah dalam fahaman anda ia berlaku sebaliknya?

SUNNI: Fokus saya kepada perkataan rijs as-Syaitan. Jadi saya seperti anda berpandangan sama yakni penyucian dengan air hujan tersebut sama sekali tidak menjadikan mereka bebas selamanya dari gangguan syaitan ataupun memaksumkan mereka

Jadi penyucian dari ar-rijs bukanlah hujah memaksumkan mana-mana individu. Sebaliknya yang menjadi hujah ialah perkataan penyucian, saya masih tak faham mengapa kamu masih lagi bercakap soal air hujan, ini kerana penyucian ar rijs itujuga disebut dalam ayat itu malah lebih spesifik lagi dari surah al ahzab 33, maka jika kamu rasa ganjil apabila air hujan memaksumkan seseorang, maka begitu juga la disiplin ilmu kamu itu membingunggkan kami kamu katakan ayat al ahzab 33 itu memaksumkan ahlul bait.

SYIAH: Sudah tentu secara umumnya hujan tidak menghilangkan was-was syaitan, melainkan anda fikir sebaliknya. Jadi terbukti ia berlaku khusus pada peristiwa tersebut sahaja.
SUNNI: Saya tak tahu berapa kali saya sudah ulang, dan anda masih lagi saja bersikap begini, saya ulang semula,  Fokus saya kepada perkataan rijs as-Syaitan. Jadi saya seperti anda berpandangan sama yakni penyucian dengan air hujan tersebut sama sekali tidak menjadikan mereka bebas selamanya dari gangguan syaitan ataupun memaksumkan mereka

Jadi penyucian dari ar-rijs bukanlah hujah memaksumkan mana-mana individu. Sebaliknya yang menjadi hujah ialah perkataan penyucian ! mengapa anda enggan membantah ayat al anfal ini dengan disiplin ilmu syiah, tetapi hanya dengan logic akal iaitu hujan tidak memaksumkan mereka, ini terbukti anda sengaja menakwilkan nas-nas dalam bidang akidah dengan hujah yg tidak kukuh dan terkeliru akhirnya akhirnya menyanggahi disiplin ilmu anda sendiri.

SYIAH: Seperti yang kami semua berpegang, bahawa ada sebab-sebab lain yg menyokong pendapat kami ini, Perkataan innama, hadis kisa’ dan lain-lain, ia semunya menyokong hujah kami pada bab ini !

SUNNI: Baik, kita bincang satu persatu dan kita lihat selepas itu, maka ada apa-apa lagi komen kamu mengenai ar-rijs ini yg boleh membantah hujah saya menerusi disiplin ilmu kamu?

SYIAH: baik, buat masa ini tiada kerana ia ada kaitan dengan hal-hal lain yg menyokong pendapat kami.

SUNNI: Alhamdulillah, akan kami bantah satu persatu, sekarang berkenaan perkataan ar-rijs ini kamu tidak mampu bantah dengan disiplin ilmu kamu. Maka kita pergi pula ke perkara yang kamu kata boleh menyokong kamu.


Bersambung di Bahagian 3

No comments:

Post a Comment