Tuesday 20 March 2012

Kemaksuman Para Ahlul Bait Bahagian 5: Surah Al-Ahzab 33 dan Hadis Kisa'


Kemaksuman Para Ahlul Bait Bahagian 5: Surah Al-Ahzab 33 dan Hadis Kisa'


Bab Hadis Kisa’

SUNNI: Baik, ini dialog terakhir kita buat masalah memnbantah hujah syiah yang mengatakan bahawa Surah Al-Ahzab 33 dan Hadis Kisa’ Memaksumkan ahlul Bait. Apakah peranan hadis kisa’?

SYIAH: Hadis Kisa’ merupakan asbabun nuzun kepada surah Al-Ahzab 33, ia dengan jelas menunjukkan bahawa ayat-ayat itu diturunkan kepada ahli kisa’.

SUNNI: Siapa ahlul Kisa’?

SYIAH: Nabi saw, Ali, Fatimah, Hussein dan Hassan.

SUNNI: Apakah anda maksudkan bahawa mereka maksum selepas hadis ini diturunkan? Apakah Nabi saw juga baru maksum selepas peristiwa tersebut?

SYIAH: Tidak, mereka sudah ma’sum sejak azali lagi.

SUNNI: Anda masih tetap dengan pendirian anda mereka mereka ma’sum sejak azali lagi walaupun sebelum ini anda gagal untuk buktikan, jadi saya Tanya semula maka apa gunanya penggunaan perkataan ‘kehendak’ dalam Al-Ahzab ayat 33 adalah dalam bentuk fi’il mudari’ yang jatuh dalam iradah syar’iiyah yang anda telah gagal untuk bantah selepas saya minta anda bawakan ayat Al-Quran bentuk fi’il mudhari’ bagi perkataan ‘kehendak’ merujuk kepada iradah takwiniyah  pada perbahsan yang melibatkan permasalahan ini.
mengapa anda masih menganggap ia jatuh ke iradah takwiniah walhal doa Nabi saw sama dengan ayat Al-ahzab itu?

SYIAH: Tidak, doa Nabi kepada ahlul kisa’ memang kelihatan sama, yang membezakannya, Nabi saw hanya doakan mereka tanpa syarat seperti yang anda kata syarat syar’iiyah dalam Al-Ahzab 33. Tetapi dalam hadis kisa’, Nabi hanya baca doa selepas innama kepada ahlul kisa’ tanpa ada syar’iiyah yang anda sebutkan.

SUNNI: Anda sendiri tadi katakan bahawa ia asbabun nuzun kepada Al-Ahzab 33, maka bukankah ia mesti dikaitkan dengan Al-Ahzab 33 juga, mengapa anda pisahkan kedua-duanya kali ini? Jika mengikut konteks surah Al-Ahzab 33, maka anda sendiri tidak mampu bantah ia jatuh dalam iradah syar’iiyah, tetapi pada bab ahlul kisa’ ini, anda katakan ia berlainan, saya katakan bagaimana pula boleh berlainan walhal ia adalah asbabun nuzun untuk Al-Ahzab 33?  Wajarkah dipisahkan terus konteksnya itu walhal anda klaim bahawa Hadis Kisa’ adalah petunjuk kepada siapa ahlul bait yg disucikan itu?

SYIAH: Jika mengikut standard anda, maka ia boleh dipisahkan kerana jelas nabi saw menyebut perkataan kehendak itu tetapi tanpa syarat syar’iiyah. Sebab itulah saya katakan, jika menguikut standard sunni pun, maka ia boleh dipisahkan.

SUNNI: Standard mana pula yang anda guna? Anda terlupa bahawa asbab hadis ini adalah peristiwa surah al ahzab 33, maka ia tidak boleh dipisahkan dari konteks ayat Al-Ahzab 33, jika kamu masih kata boleh, maka kamu telah menolak dan mesti membuktikan bahawa asbab Hadis ini bukan peristiwa Al-Ahzab 33, saya yakin anda tidak dapat buktikan kerana sepakat sunni dan syiah ia adalah asbabun nuzun kepada Al-Ahzab 33.

SYIAH: Jika begitu, apa yang anda faham berkenaan Hadis Kisa’ jika anda katakan tidak boleh terlepas dari konteks surah tersebut? Apakah Imam Ali, Hasan dan Husein a.s perlu mematuhi perintah2 “tetap di rumah”, “jangan berhias spt kaum jahiliyyah” “jangan berkata dengan lembut kpd lelaki” sebagai syarat penyucian mereka?

SUNNI: Maka, saya tidak melihat asbab an-Nuzul sebagai bukti ayat ini memisahkan penyucian tersebut kepada isteri-isteri nabi. Sebaliknya konteks asbab an-Nuzul yang saya pegang meliputi kemuliaan isteri nabi dan ahlul bait sedangkan tafsiran syiah hanya menyucikan Ali, Fatimah, Hasan dan Husin r.a dan mengetepikan isteri-isteri nabi.

SYIAH: Lalu mengapa Nabi saw menghalang Ummu Salamah dari memasuki kisa’ itu?

SUNNI: Nampaknya anda sendiri sudah lupa hujah anda sebelum ini, saya ingatkan kembali mereka tetap sahaja dalam kebaikan seperti sabda Rasulullah saaw kpd Ummu Salamah yang dilarang dari ikut serta ke dalamnya, “Kamu tetap pada kedudukanmu sendiri dan kamu dalam kebaikan”. Sabda Nabi ini menguatkan lagi hujah bahawa ayat tersebut ditujukan kepada isteri nabi saw dan nabi saw tak perlu mendoakan lagi mereka dengan doa yang serupa, tujuan nabi saw berbuat demikian adalah kerana mahu Fatimah, Ali, Hussein dan Hassan termasuk dalam kemulian yang Allah beri kepada Isteri-isteri baginda. Saya fikir sudah jelas, anda ada bantahan?

SYIAH: Sunni perlu ingat bahawa ia tidak berhenti disini, ahlul bait juga digandingkan dengan hadis Tsaqalain dan hadis2 kemuliaan mereka yang lain.

SUNNI: Jadi bab ini sudah selesai bukan, hadis tsaqalain langsung tidak berbicara pasal kemaksuman, namun tidak apa, kita bincang kan itu kemudian. jadi mari kita buat kesimpulan dari dialog kita ini.



No comments:

Post a Comment