Tuesday 20 March 2012

Kemaksuman Para Ahlul Bait Bahagian Terakhir: Surah Al-Ahzab 33 dan Hadis Kisa'

Kemaksuman Para Ahlul Bait Bahagian Terakhir : Surah Al-Ahzab 33 dan Hadis Kisa'
 
Kami sudah membantah segala-galanya dari 5 Bahagian Perbahasan kami dengan mereka. Nyatalah, konsep bahawa Ahlul Bait itu maksum tidak betul. Malah, dengan menggunakan dalil ini, ia akan mewujudkan andaian-andaian yang lain pula dan perkara-perkara ini tertolak dalam perbahasan bab akidah.


InsyaAllah, kami akan usahakan lagi artikel-artikel lain yang boleh membantu kita semua dalam berdakwah. 


Wallahualam

Kemaksuman Para Ahlul Bait Bahagian 5: Surah Al-Ahzab 33 dan Hadis Kisa'


Kemaksuman Para Ahlul Bait Bahagian 5: Surah Al-Ahzab 33 dan Hadis Kisa'


Bab Hadis Kisa’

SUNNI: Baik, ini dialog terakhir kita buat masalah memnbantah hujah syiah yang mengatakan bahawa Surah Al-Ahzab 33 dan Hadis Kisa’ Memaksumkan ahlul Bait. Apakah peranan hadis kisa’?

SYIAH: Hadis Kisa’ merupakan asbabun nuzun kepada surah Al-Ahzab 33, ia dengan jelas menunjukkan bahawa ayat-ayat itu diturunkan kepada ahli kisa’.

SUNNI: Siapa ahlul Kisa’?

SYIAH: Nabi saw, Ali, Fatimah, Hussein dan Hassan.

SUNNI: Apakah anda maksudkan bahawa mereka maksum selepas hadis ini diturunkan? Apakah Nabi saw juga baru maksum selepas peristiwa tersebut?

SYIAH: Tidak, mereka sudah ma’sum sejak azali lagi.

SUNNI: Anda masih tetap dengan pendirian anda mereka mereka ma’sum sejak azali lagi walaupun sebelum ini anda gagal untuk buktikan, jadi saya Tanya semula maka apa gunanya penggunaan perkataan ‘kehendak’ dalam Al-Ahzab ayat 33 adalah dalam bentuk fi’il mudari’ yang jatuh dalam iradah syar’iiyah yang anda telah gagal untuk bantah selepas saya minta anda bawakan ayat Al-Quran bentuk fi’il mudhari’ bagi perkataan ‘kehendak’ merujuk kepada iradah takwiniyah  pada perbahsan yang melibatkan permasalahan ini.
mengapa anda masih menganggap ia jatuh ke iradah takwiniah walhal doa Nabi saw sama dengan ayat Al-ahzab itu?

SYIAH: Tidak, doa Nabi kepada ahlul kisa’ memang kelihatan sama, yang membezakannya, Nabi saw hanya doakan mereka tanpa syarat seperti yang anda kata syarat syar’iiyah dalam Al-Ahzab 33. Tetapi dalam hadis kisa’, Nabi hanya baca doa selepas innama kepada ahlul kisa’ tanpa ada syar’iiyah yang anda sebutkan.

SUNNI: Anda sendiri tadi katakan bahawa ia asbabun nuzun kepada Al-Ahzab 33, maka bukankah ia mesti dikaitkan dengan Al-Ahzab 33 juga, mengapa anda pisahkan kedua-duanya kali ini? Jika mengikut konteks surah Al-Ahzab 33, maka anda sendiri tidak mampu bantah ia jatuh dalam iradah syar’iiyah, tetapi pada bab ahlul kisa’ ini, anda katakan ia berlainan, saya katakan bagaimana pula boleh berlainan walhal ia adalah asbabun nuzun untuk Al-Ahzab 33?  Wajarkah dipisahkan terus konteksnya itu walhal anda klaim bahawa Hadis Kisa’ adalah petunjuk kepada siapa ahlul bait yg disucikan itu?

SYIAH: Jika mengikut standard anda, maka ia boleh dipisahkan kerana jelas nabi saw menyebut perkataan kehendak itu tetapi tanpa syarat syar’iiyah. Sebab itulah saya katakan, jika menguikut standard sunni pun, maka ia boleh dipisahkan.

SUNNI: Standard mana pula yang anda guna? Anda terlupa bahawa asbab hadis ini adalah peristiwa surah al ahzab 33, maka ia tidak boleh dipisahkan dari konteks ayat Al-Ahzab 33, jika kamu masih kata boleh, maka kamu telah menolak dan mesti membuktikan bahawa asbab Hadis ini bukan peristiwa Al-Ahzab 33, saya yakin anda tidak dapat buktikan kerana sepakat sunni dan syiah ia adalah asbabun nuzun kepada Al-Ahzab 33.

SYIAH: Jika begitu, apa yang anda faham berkenaan Hadis Kisa’ jika anda katakan tidak boleh terlepas dari konteks surah tersebut? Apakah Imam Ali, Hasan dan Husein a.s perlu mematuhi perintah2 “tetap di rumah”, “jangan berhias spt kaum jahiliyyah” “jangan berkata dengan lembut kpd lelaki” sebagai syarat penyucian mereka?

SUNNI: Maka, saya tidak melihat asbab an-Nuzul sebagai bukti ayat ini memisahkan penyucian tersebut kepada isteri-isteri nabi. Sebaliknya konteks asbab an-Nuzul yang saya pegang meliputi kemuliaan isteri nabi dan ahlul bait sedangkan tafsiran syiah hanya menyucikan Ali, Fatimah, Hasan dan Husin r.a dan mengetepikan isteri-isteri nabi.

SYIAH: Lalu mengapa Nabi saw menghalang Ummu Salamah dari memasuki kisa’ itu?

SUNNI: Nampaknya anda sendiri sudah lupa hujah anda sebelum ini, saya ingatkan kembali mereka tetap sahaja dalam kebaikan seperti sabda Rasulullah saaw kpd Ummu Salamah yang dilarang dari ikut serta ke dalamnya, “Kamu tetap pada kedudukanmu sendiri dan kamu dalam kebaikan”. Sabda Nabi ini menguatkan lagi hujah bahawa ayat tersebut ditujukan kepada isteri nabi saw dan nabi saw tak perlu mendoakan lagi mereka dengan doa yang serupa, tujuan nabi saw berbuat demikian adalah kerana mahu Fatimah, Ali, Hussein dan Hassan termasuk dalam kemulian yang Allah beri kepada Isteri-isteri baginda. Saya fikir sudah jelas, anda ada bantahan?

SYIAH: Sunni perlu ingat bahawa ia tidak berhenti disini, ahlul bait juga digandingkan dengan hadis Tsaqalain dan hadis2 kemuliaan mereka yang lain.

SUNNI: Jadi bab ini sudah selesai bukan, hadis tsaqalain langsung tidak berbicara pasal kemaksuman, namun tidak apa, kita bincang kan itu kemudian. jadi mari kita buat kesimpulan dari dialog kita ini.



Kemaksuman Para Ahlul Bait Bahagian 4: Surah Al-Ahzab 33 dan Hadis Kisa'



Kemaksuman Para Ahlul Bait Bahagian 4: Surah Al-Ahzab 33 dan Hadis Kisa'

SYIAH: Baik, terangkan kepada saya bagimana kamu memahami ayat Tahhir ?

SUNNI: Berkenaan dengan ayat Tahhir tersebut, saya tidak melihat penyucian tersebut membawa kepada kemaksuman. Tetapi ia lebih kepada kemulian. Saya kemukakan beberapa pandangan saya

1. Sayyid al-Husaini al-Milani menyatakan ayat ini jatuh dalam iradah takwiniyah (Ayat Tahhir, ms 27). Saya tidak bersetuju sebab ia jelas dalam bentuk syar’iyyah.Sebabnya ayat 33 tersebut didahului dengan beberapa suruhan syar’iyah seperti jangan bertabarruj, dirikan solat, tunaikan zakat dan lain2. Maka penyucian tersebut bergantung kepada pengamalan syariat2 tersebut oleh ahlul bait dan bukannya satu yang ditetapkan oleh Allah sejak azali

Sama seperti al-Maidah ayat 6 dimana penyucian kepada orang-orang beriman hanya selepas mereka mengerjakan wudhu’ dengan sempurna.

2. Pernggunaan perkataan ‘kehendak’ dalam ayat 33 adalah dalam bentuk fi’il mudari’(akan berkehendak) dan bukannya fi’l madhi (telah berkehendak). Maka ia bukti sebagai iradah syar’iiyah.Ini juga diperhatikan dalam al-Maidah ayat 6

Maka saya ingin lihat pandangan kamu dalam ayat ini. Jika apakah kamu beranggapan ayat tersebut adalah iradah takwiniyah yakni ia ditetapkan oleh Allah dan bukannya pilihan mereka??

Jika ya, boleh tak kamu bawakan contoh ayat al-Quran yang menunjukkan fi’il mudhari’ bagi perkataan kehendak boleh juga merujuk kepada iradah takwiniyah

SYIAH: Apabila ayat tathhir ini turunnya terpisah dari ayat sebelumnya, maka tiada sebab anda menolak bahawa iradah di sini bersifat takwini kerana penyucian di dalamnya tidak langsung terikat dengan mana2 praktik syari’e manapun. Asbabun Nuzul ayat ini menunjukkan ia turun secara berasingan dari ayat sebelum dan sesudahnya. Maka seperti hal yg telah anda sendiri ketahui ia turun secara berasingan!
 Seperti yang kita ketahui, fiil Mudhari’ itu bukan seperti yg anda katakan sebaliknya ialah bersifat present continuous/sekarang dan akan datang maka ia bermaksud ‘sentiasa berkehendak’ dan tidak tepat dengan perkataan anda iaitu ‘akan berkehendak’ (masa hadapan).

SUNNI: Anda masih lagi cuba untuk melambakkan permaslaahan lain dalam hal ini iaitu asbabun nuzunny, Saya ulangi bahawa kita mesti focus dan tersusun dalam perbahasan, saya fikir tak perlu saya ingatkan anda lagi berkenaan hal ini.
Kembali kepada perbahasan. Jika demikian, macam mana syiah mengatakan kemaksuman ahlul bait telah ditetapkan sejak azali lagi sedangkan ayat tersebut menggunakan fi’l mudhari’ yang bersifat present continuous/sekarang?


SYIAH: Baik, saya bawakan contohnya, Bila Allah SWT berfirman, “Allah dan MalaikatNya Yusalli alan Nabi” Apakah anda fikir Allah dan MalaikatNya baru berselawat saat ayat itu diturunkan atau anda membacanya sebagai sentiasa berselawat? Atau apakah anda guruh dan Malaikat baru sahaja bertasbih bila ayat ini diturunkan "Dia lah juga Yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya (Yusabbihu) ..(Ar Radd 13)”, Ataupun hal yg sama pada ayat ini iaitu apakah langit, bumi serta sekalian makhluk baru bertasbih bila ayat berikut diturunkan kerana fiil mudhari' yg digunakan didalamnya? : ” langit Yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk Yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih Dengan memujiNya..” (Al Isra 44). Jadi dalam ayat Tathhir, Allah ‘sentiasa berkehendak’ ‘Sentiasa ingin’ untuk supaya Ahlul Bait a.s sentiasa suci sesuci-sucinya.

SUNNI: Benar pandangan anda ini. Ini bermakna pujian Allah kepada ahlul bait itu sentiasa berlaku. Sama juga dengan tasbih yang dilakukan oleh makhluk Allah itu sentiasa berlaku. Tapi itu bukan bermaksud kesemua itu berlaku sejak azali lagi Maka penyucian ahlul bait memang berlaku dan sentiasa berlaku selagi mana mereka berpegang kepada syariat Jadi penyucian mereka bergantung kepada syariat dan bukannya takwiniyiah Jika ia berlaku secara takwiniyah, maka tidak perlu lagi kepada penyucian yang berterusan.


SYIAH: Itu pendapat anda yang tidak didokong dengan apa2pun. dan di sisi kami, hadis2 ttg ahlul bait dan kesucian mereka sebagai tambahan kpd dalil atas hal ini. Termasuk hadis tsaqalain yg jelas menunjukkan kemaksuman mereka.

SUNNI: Biarkan dahulu hadis Tsaqalain, kita berbicara tentang Al-Ahzab 33 dan Hadis Kisa’ yg menjadi tulang belakang kemaksuman Para Imam Syiah. Tambahan pula jika anda berkata demikian, maka Jadi ternyata hadith ahlul kisa tidak menunjukkan kemaksuman semata-mata.

SYIAH: Baik, Kami yakin bahawa Ahlul bait maksum sejak azali lagi, bagaimana ketidaksucian boleh menghinggap mereka apabila Allah telah mensucikan mereka sesuci2nya? Dan apa pendapat anda mengenai imam Hasan dan Husein a.s yg masih kecil dalam persitiwa ini. Apakah mereka sebelumnya berdosa/kotor?


SUNNI: Nah, siapa pula yang mengatakan budak-budak yang belum baligh maksum, saya jelaskan menggunakan dalil akal sahaja terhadap contoh terdesak kamu ini, Nabi saw maksum, jika baginda lakukan sesuatu, maka kita boleh tiru dan ikut malah dapat pahala kerna buat benda yg baik dan penuh hikmah, ini kerana Nabi saw maksum terpelihara dan setiap perbuatannya adalah betul belaka dan dijadikan panduan, masakan kamu kata budak-budak kecil adalah maksum? Setiap perbuatan budak kecil boleh dijadikan ikutan? Jika kamu katakan tidak berdosa maka boleh diterima, tetapi bukanlah bermaksud tidak berdosa itu adalah betul dan boleh ikut. Ia bergantung kepada keadaan. Masalah dengan kamu, kamu bukan mempertahankan kesucian dosa, tapi kamu kata mereka maksum azali salah satu sebabnya mereka adalah budak kecil. Ini satu contoh yang terdesak.

SYIAH: Sucinya mereka dan tidak akan sekali-kali melakukan kesalahan adalah hasil /natijah dari penyucian berterusan Allah ke atas mereka. 

SUNNI: Maaf, para nabi sendiri telah melakukan kesalahan walaupun mereka dianggap maksum. Masakan ahlul bait tidak langsung melakukan kesalahan. Bukankah Rasulullah s.a.w sendiri pernah ditegur dalam al-Quran?

SYIAH: Nah hujjah anda ini jadi dalil lebih baik kerana (mengikut standard hujjah anda ini) jikalau kesalahan para Nabi a.s tidak merosak kemaksuman mereka, jadi hal yang sama juga sepatutnya applied to Ahlul Bait a.s. 

SUNNI: Bagaimana mahu applied kepada Ahlul Bait jika Ayat Ahzab 33 itu bukan menunjukkan kemaksuman? anda jangan lupa definisi kemaksuman Syiah berlainan dengan Sunni, anda sudah mula mengkontradiksi definisi anda sendiri.

SYAIH: Baiklah,  Inilah juga hal yang telah saya sebutkan sejak awal : Iradah Allah (keinginan Allah) pada ayat adalah Iradah takwini dan bukannya tasy’iri. Iradah takwini dan penyucian sejak azali dua perkara berbeza, dan anda sendiri mengetahuinya. Iradah takwini spt yang terakhir anda katakan, bahawa ia adalah satu kehendak Allah tanpa objek penyucian perlu kpd perlaksanaan ibadah Syar’ie terlebih dahulu. Sedangkan penyucian azali adalah satu hal yang lain pula. 

SUNNI: Jika anda beranggapan iradah takwini disini bukan merujuk kepada penetapan sejak azali lagi. Maka saya bersetuju dengan anda. Anda perlu membuktikn kes ini adalah sejak dari azali. Tiada bukti.

SYIAH:  spt yg sudah saya nyatakan. Takwini secara mudahnya : adalah ketetapan Allah yg berlaku tanpa syarat. Sejak azali secara mudahnya : sejak mula2 lagi. Jadi kalau anda Tanya mana2 org syiah pun iotulah jawapannya sebab ia adalah dua perkara yang berbeza. Namun sebaliknya jikalau pertanyaan anda itu berbunyi: “Apakah iradah takwini ini terjadi sejak azali para Imam a.s,” maka jawabnya “Ya sudah tentu”. 

SUNNI:  Seperti yang saya katakan, tidak menjadi masalah apabila wujud perbezaan iradah disini, sebabnya asal ayat memang iradah tashri’yyah kepada isteri-isteri nabi. Namun, ia menjadi iradah takwini hanya kepada ahlul kisa selepas didoakan oleh Rasulullah saw. Saya harap anda faham ini. Baiklah. Apa yang saya mahu katakan, tanpa riwayat hadis kisa’ maka apakah pendpaat kamu ia adalah iradah tashri’yyah?

SYIAH: Saya tak bersetuju.

SUNNI: Masakan lagi kamu tidak bersetuju, kamu tidak dapat menjawab saya dalam hal ayat ini terpisah dan perkataan ar-rijs itu sendiri dalam Al-Quran. Anda juga gagal membawa mana-mana Ayat Al Quran yang menggunakan Irradah Takwini dalam konteks yg serupa dengan Al Ahzab 33. Maka apa lagi yang kamu tidak setuju?

SYIAH: Kami katakan bahawa Hadis Kisa’ itu yang menjadikan ia sebagai iradah takwini. Sudah terang jelas dan bersuluh.

SUNNI: Saya ulang kembali soalan supaya kamu tidak salah jawab lagi kali ini, Saya harap anda faham ini. Baiklah. Apa yang saya mahu katakan, tanpa riwayat hadis kisa’ maka apakah pendpaat kamu ia adalah iradah tashri’yyah?

SYIAH: Baik, for the sake of Argument, i agree.

SUNNI: Alhamdulillah !! Sekarang kita sudah selesai isu-isu dalam Al-Quran, dari mula sehingga akhir kami telah bongkar kebathilan kamu dalam memahami ayat-ayat Al-Quran. Sekarang kita masuk bahagian Akhir. Iaitu Asbabun Nuzunnya, Hadis Kisa’.

 Bersambung ke Bahagian 5

Kemaksuman Para Ahlul Bait Bahagian 3: Surah Al-Ahzab 33 dan Hadis Kisa'


Kemaksuman Para Ahlul Bait Bahagian 3: Surah Al-Ahzab 33 dan Hadis Kisa'

Bab Ayatnya Terpisah

SUNNI:  Berkenaan dengan perkataan ‘innama’, Saya setuju perkataan ‘innama’ boleh menunjukkan ‘أداة حصر’ yakni pengkhususan. Saya juga bersetuju bahawa ayat yang dimulakan dengan ‘innama’ boleh berdiri dengan sendirinya. Namun bukan semua perkataan innama menunjukkan perpisahan dengan ayat sebelumnya
Izinkan saya berikan contoh ayat berikut

Terjemahan: Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik. Dan janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki akan mengazab mereka di dunia dengan harta dan anak-anak itu dan agar melayang nyawa mereka, dalam keadaan kafir.

Perhatikan gaya bahasa dalam ayat di atas, ayat di atas merujuk kepada golongan munafik. Ayat innama dalam ayat 85 tidak memisahkannya dengan ayat 84 sedangkan konteksnya adalah sama yakni merujuk kepada golongan munafik. Maka sama jugalah dengan konteks ayat 33 surah al-Ahzab dimana penggunaan innama tidak memisahkan dengan ayat sebelumnya dan juga ayat selepasnya.
SYIAH: Kami tidak menganggap innama itu sebagai pemisah. JIka kami beranggapan begitu, isu ini sudah lama selesai.

SUNNI: Hal ini baru untuk kami kerana pengalaman kami berdialog dengan syiah, mereka menggunakan hujah innama sebagai pemisah, lalu terus sahaja mereka katakan bahawa ayat surah al ahzab ayat 33 tiada kaitan dengan ayat-ayat sebelumnya, lalu bagaimana kamu melihat permasalahan ini?

SYIAH:  tiada siapa yang mengatakan ayat 85 terpisah dari ayat 84 apatah lagi dengan jelasnya dhamir ‘hum/him’ pada ayat 85 يُعَذِّبَهُمْ kembali kpd kaum munafik pada ayat 84 sebelumnya.
Andai anda mengambil contoh ini (ayat 85) sahaja pun dah tunjukkan kesalahan penghujahan anda selama ini kerana perhatikan bahawa dhamir ‘Kunna’ (kalian para wanita/isteri) pada ayat2 buat para isteri (dengan jelasnya) serta merta bertukar kpd ‘Kum (kalian para lelaki)’ pada ayat Tathhir (setelah Innama), namun kembali pula serta-merta kpd dhamir ‘kunna’ pada ayat setelahnya (ayat 34 Al Ahzab) apabila merujuk kpd para isteri. Bukankah ia berbeza dengan kisah ayat munafik tersebut? Jadi anda sebenarnya sedang cuba memahami masalah ini dengan cara yang bermasalah sehingga anda terpaksa menafikan kebenaran.

SUNNI: Dari penjelasan anda, apa yang saya faham ialah ayat tersebut bukan berpisah kerana innama tapi kerana dhamir ‘kum’ Yakni hanya pada ayat 33 ada dhamir ‘kum’ dan bukan ayat sebelumnya dan ayat selepasnya?
SYIAH: Benar, anda ada bantahan?

SUNNI: Baiklah, saya perlu terangkan kembali kepada anda ‘asas’ bahasa arab Al-Quran, Perubahan dhamir kerana ‘kum’ merujuk kepada perkataan ‘ahlul bait’

Perkataan al-ahl membawa maksud muzakkar dan dirujuk sebagai ‘kum’ apabila jamak (plural)

Perkataan ‘al-ahl’ dalam bahasa arab membawa maksud muzakkar (Lisan al-Arab, 11/28)

Ini juga bersesuai dengan hadith syiah yang disebutkan dalam Mustadrak al-Wasail 41/220, dimana Ali r.a menggunakan perkataan ‘hum’ merujuk kepada perkataan al-ahl ketika mendoakan isterinya

عن علي ( عليه السلام ) ، قال : " من أراد منكم التزويج إلى أن قال فإذا زفت زوجته ودخلت عليه ، فليصل ركعتين ثم ليمسح يده على ناصيتها ، ثم ليقل : اللهم بارك لي في أهلي و بارك لهم في ، وما جمعت بيننا فاجمع بيننا في خير ويمن وبركة ، وإذا جعلتها فرقة فاجعلها فرقة إلى خير ، فإذا جلس إلى جانبها فليمسح بناصيتها۔ مستدرك الوسائل - الميرزا النوري ج 41 ص 220
۔
Perhatikan perkataan ‘
بارك لهم’ yang merujuk kepada perkataan al-ahl di atas walaupun ia sebenarnya merujuk isteri Ali r.a. Maaf, saya tak tahu status riwayat di atas dan saya tidak tahu apakah isteri di atas adalah Fatimah r.a. Cumanya saya hanya fokus kepada isu bahasa dalam hadith ini.

Lebih dari itu, al-Quran sendiri menyokong perkataan al-ahl memberi maksud muzakkar

Rujuk surah Toha 20:10 dimana Musa a.s menggunakan dhamir ‘kum’ kepada isterinya

إِذْ رَأَى نَارًا فَقَالَ لِأَهْلِهِ امْكُثُوا إِنِّي آَنَسْتُ نَارًا لَعَلِّي آَتِيكُمْ مِنْهَا بِقَبَسٍ أَوْ أَجِدُ عَلَى النَّارِ هُدًى

Terjemahan: Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada keluarganya: "Tinggallah kamu (di sini), sesungguhnya aku melihat api, mudah-mudahan aku dapat membawa sedikit daripadanya kepadamu atau aku akan mendapat petunjuk di tempat api itu."

Menurut, ulama tafsir syiah, al-Tabrasi dalam Jawami'i al-Jami'i" 2/699,
Musa a.s merujuk perkataan keluarga tersebut hanya kepada isterinya

لم يكن مع موسى غير امرأته وقد كنى الله تعالى عنها بالأهل ، فتبع ذلك ورود الخطاب على لفظ الجمع وهو قوله : * امكثوا * و * ءاتيكم * ، * إني ءانست نارا

Sheikh al-Tarihi juga bersetuju dengan pandangan ini bahawa perkataanb al-ahl dirujuk sebagai ‘kum’ (Majma'a al-Bahrain" 4/218)


قوله : * ( فقال لاهله امكثوا ) * نقل بعض شراح المغني انه قد تخاطب المرأة الواحدة بخطاب الجماعة الذكور ، يقول الرجل عن أهله فعلوا كذا - مجمع البحرين - الشيخ الطريحي ج 4 ص 218۔

Bahkan penggunaan perkataan ‘kum’ kepada ahlul bait secara spesifik dinyatakan dalam surah Hud ayat 73 sedangkan ayat tersebut merujuk khas kepada isteri nabi Ibrahim a.s iaitu Sarah a.s

قَالُواْ أَتَعْجَبِينَ مِنْ أَمْرِ اللّهِ رَحْمَتُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ

Maka kesimpulan mudah bagi di atas ialah

1. Apabila istilah Ahl bersifat maskulin, maka seluruh ayat akan bersifat maskulin juga sekalipun yang dibicarakan ialah berkenaan isteri nabi

2. Ayat yang bersifat maskulin tidak mengecualikan isteri nabi kerana lafaz maskulin boleh mewakili kedua-dua lelaki dan wanita.

Bagaimana? Anda ada bantahan?

SYIAH: Saya masih kurang jelas, jika benar begitu, boleh saudara datangkan semula contohnya?

SUNNI: Baiklah, Saya tanya soalan simple je

Perkataan 'al-ahl' dalam bahasa arab tu muzakkar ke mua'anath?

kemudiannya, guna standard yang sama

Kenapa dalam ayat berkenaan isteri nabi Ibrahim a.s, Allah gunakan 'kum' dan bukannya 'ki'

قَالَتْ يَا وَيْلَتَى أَأَلِدُ وَأَنَا عَجُوزٌ وَهَذَا بَعْلِي شَيْخًا إِنَّ هَذَا لَشَيْءٌ عَجِيبٌ (72) قَالُوا أَتَعْجَبِينَ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ رَحْمَتُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ إِنَّهُ حَمِيدٌ مَجِيدٌ (73)


Isteri (Nabi Ibrahim) berkata: Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan.

Malaikat-malaikat itu berkata: Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkat-Nya melimpah-limpah kepada kamu, wahai Ahl al-Bait. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya. [Hud 11:72-73]


Sila jawab dengan jujur

SYIAH: Perkataan ‘mereka’ dalam dua ayat mungkin membawa dua maksud yang berbeza. Misalnya ‘Mereka tidak boleh berhias’ pada ayat pertama adalah ditujukan kpd kaum wanita, sedangkan ‘mereka telah dipelihara’ pada ayat lain adalah Kaum lelaki pula. Jadi ‘Mereka’ bukanlah punca mengapa kedua2 ayat ini terpisah. Punca ayat ini terpisah adalah kerana kedua2nya adalah dua ayat yg berbeza a.k.a tidak sama. Namun apabila ada yg masih sahaja mahu menggunakan dalil dhamir ‘mereka’ ini sebagai dalil bahawa ‘Mereka’ dalam kedua2 ayat ini adalah org2 yg sama, maka kita akan buktikanlah pula bahawa ‘mereka’ ini satunya perempuan dan satu lagi sebenarnya merujuk kpd lelaki. Itu maksud saya.

SUNNI: Mengatakan ia adalah ayat-ayat berbeza dengan asbab yang berbeza memerlukan bukti. Mungkin anda boleh bawakan asbab an-Nuzul bagi ayat 28-32 serta 34. Jadi jika terbukti asbab an-Nuzul bagi setiap ayat tersebut berbeza dengan ayat 33 maka saya boleh lihat kembali point anda ini

Saya bersetuju bahawa perkataan ‘mereka’ bukan punca ayat tersebut berpisah. Itulah saya katakan ayat 33 tersebut tidak berpisah dengan ayat sebelumnya cumanya ia memasukkan selain dari isteri-isteri nabi dalam ayat tersebut
Anda perlu tahu banyak syiah menggunakan dalil ‘kum’ sebagai pemisahan kepada ayat sebelumnya. Jika anda tidak seperti mereka, maka itu tidak apa bagi saya, namun apa yang saya bingungkan, apa lagi yang menyebabkan anda rasa ayat ini terpisah?

SYIAH: Saya katakan, bahawa ada lagi faktor yg menunjukkan ayat ini terpisah, iaitu asbabun nuzun nya iaitu hadis kisa’, bukan hanya semata2 ayat-ayat muannath dan muzakkar.

SUNNI: maknanya, saudara bersetuju bahawa ayat ini tidak terpisah kerana innama dan ayat-ayat muannath dan muzakkar?

SYIAH: Ya, adalah lagi yg memisahkannya iaitu asbabun nuzunnya, tambahan pula bagaimana pula sunni melihat ayat ini, maksud saya, bagaimana sunni melihat ayat ‘kehendak’ Allah itu mensucikan ahlul bait itu tidak tercapai? Adakah kehendak Allah tidak akan tercapai.

SUNNI: KAmi melihat ini masuk dalam bab-bab yang melibatkan iradah takwiniyah, iradah syar’iyyah, ia juga melibatkan hal fi’il mudari’(akan berkehendak) dan bukannya fi’l madhi.

SYIAH: Baik, terangkan kepada kami.

SUNNI: itu bab yang lain, kita akan bincang bab itu, sudah beberapa kali saya katakan jangan melambakkan sesuatu istilah masalah bab yang lain dicampur adukkan dengan bab ini dalam pada masa yg sama kerna itu akan mengaburi perbahasan dan para pendengar mahu pun pembaca.

SYIAH: Baik, bagaimana anda mahu menjelaskan  ayat Ikmaluddin (penyempurnaan agama) terletak di tengah2 ayat Al-Maidah 3 & 4 berkaitan dengan makanan yang halal dan haram tetapi di tengah-tengah ayat tersebut terselit pembicaraan lain “....Pada pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni’mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu”, dan kembali kpd ayat ttg makanan, "maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya)."

SUNNI: Penyelitan ayat ikmal tidak mencacatkan konteks ayat dimana kita boleh menerima setiap lafaz dalam ayat membawa konteks yang berbeza serta penerimaan setiap ayat tidak mencacatkan konteks ayat sebelum dan ayat selepas.

Berbeza dengan ayat at-Tahir, dimana ayat 33 surah al-Ahzab telah ditafsirkan dengan mengenepikan konteks ayat sebelum dan selepasnya dan secara keseluruhannya

Point disini ialah bukan isu penyelitan tetapi isu kecacatan konteks ayat.

SYIAH: Apakah anda sedang menyarankan kita semua utk menolak seluruh riwayat2 ttg hal ini dan mentafsirkan al-Quran hanya dengan menggunakan akal kita semata2? 

SUNNI: Sudah saya jelaskan sebelum ini bahawa pegangan saya ialah konteks ayat dan asbab an-Nuzul jalan secara selari. Yakni asbab an-Nuzul ayat 33 berfungsi untuk memasukkan Ali, Fatimah, Hasan, Husin r.a kedalam konteks ayat.

Isteri-isteri nabi tidak termasuk kerana keseluruhan ayat memang merujuk kepada mereka.

Dalil-dalil al-Quran sudah jelas menunjukkan isteri-isteri nabi termasuk sebagai ahlul bait maka apa-apa hadith jikapun sahih menurut standard syiah yang menolak konteks al-Quran sepatutnya tertolak

Sedangkan disisi sunni, hadith-hadith ahlul kisa turun supaya Ali, Fatimah, Hasan, Husin dimasukkan dalam konteks ayat

Sedangkan penyelitan ayat al-Ikmal dengan asbab yang berbeza langsung tidak mencacatkan keseluruhan konteks ayat.

SYIAH: Baiklah, saya mahu mendengar penjelasan kamu berkenaan melibatkan iradah takwiniyah, iradah syar’iyyah, ia juga melibatkan hal fi’il mudari’(akan berkehendak) dan bukannya fi’l madhi.

SUNNI: Alhamdulillah, dalam bab ini kami sudah patahkan hujah kamu, dan memang jelas bahawa ayat ini tidak terpisah kerana innama dan ayat-ayat muannath dan muzakkar! Alhamdulillah !!




Kemaksuman Para Ahlul Bait Bahagian 2: Surah Al-Ahzab 33 dan Hadis Kisa'


Kemaksuman Para Ahlul Bait Bahagian 2: Surah Al-Ahzab 33 dan Hadis Kisa'

BAb Ar-Rijs
  
SUNNI : saya ingin bertanya tentang surah al ahzab 33 pada pandangan syiah. Apakah sebagAi dalil bahawa ahlul bait itu maksum? 

SYIAH:  Cukuplah bahawa tathhir dalam ayat adalah penjelasan atas penyucian Ahlul Kisa' dari Al rijs - segala bentuk/jenis ketidaksucian dengan bentuk penyucian paling sempurna dgn penegasan akhirnya (susuci2nya), sehingga jenis penyucian jenis ini hanya diberlakukan kpd para maksum dari Nabi Muhammad saaw dan keluarga sucinya sahaja dgn penegasan kalimah hasyr (innama) pada bhg awal ayat sebagai petunjuk bebasnya mereka dari sebarang dosa/maksum. 

SUNNI: Saya harap kita boleh tumpukan satu-satu dahulu, usah lambakkan terus dengan pelbagai situasi dan sebab lain, kita selesaikan bab ar rijs dahulu. Baik, Jika penyucian dari ar-rijs disini bermaksud penyucian dari dosa maka macam mana pula dengan ayat al-an-Anfal 8 :11 berikut

إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ وَيُذْهِبَ عَنْكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَى قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَامَ (11)

Terjemahan: Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari rijs al-syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan mesmperteguh dengannya telapak kaki(mu)

Ayat di atas jelas menggunakan perkataan rijs bahkan lebih SPECIFIK dari ar-Rijs dalam surah al-Ahzab 33 yakni rijs yang disebabkan oleh syaitan

Kalau kitakan penyucian ar-Rijs membawa maksud kemaksuman maka kita juga perlu katakan penyucian di atas telah ‘memaksumkan’ sahabah.

SYIAHl: Sesetengah ulama kami mengatakan ia hanyalah gangguan syaitan bukannya dosa.

SUNNI: kami tahu Ada yang membidas dengan mengatakan ar-Rijs di atas gangguan syaitan bukannya dosa, Saya katakan jikapun ia gangguan syaitan, maka apakah para sahabah telah bebas sepenuhnya dari gangguan syaitan dan tidak sekali-kali melakukan dosa akibat gangguan syaitan??

SYIAH: Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan ar-Rijs dalam ayat at-Tahhir?

SUNNI: Bagi saya, ia bukan sebarang jenis rijs kerana ia datang dalam bentuk makrifat. Jadi ar-Rijs disini adalah satu bentuk penyucian khusus.

Menurut riwayat dalam kitab syiah daripada imam, ia penyucian khusus tersebut ialah bebas dari keraguan (
الرجس هو الشك) Rujuk Basair Darajat (1/232), Ma’ani al-Akhbar (1/171) dan lain2 rujukan

Saya tahu ada ulama syiah yang menakwilkannya sebagai penyucian dosa tapi apa yang saya fokuskan ialah kata-kata imam syiah sendiri, bukan takwilan para pengikutnya agar sesuai dengan hawa nafsu mereka.

Mungkin anda  boleh bawakkan riwayat yang menjelaskan maksud ar-Rijs disisi imam-imam syiah

Maka saya berpendapat penyucian dari ar-Rijs tidak kira samada dari syaitan ataupun dari keraguan tidak membawa erti kemaksuman.

SYIAH: Tetapi jika anda lihat ada perkataan Innama yang memisahkan ayat tersebut dan doa Rasulullah  kepada ahlul kisa’, ini membuktikan pembersihan dosa ini memang ditujukan kepada ahlul kisa’ sahaja.
SUNNI: Sudah saya tegaskan diawal perbicaraan, jangan melambakkan sesuatu hal lain dalam masalah ini, kita berbicara tentang Ar-Rijs, disini yang Syiah kata ia menyucikan dari dosa. Perkataan innama itu kita bahaskan kemudia kerana ia terkeluar dari perbahasan masalah ini sebab ia bukan kemaksuman, tetapi masalah kepada siapa ia ditujukan.

SYIAH:  Dalam syiah, air yg turun dari langit/hujan tidak dapat memaksumkan sesiapapun jua. Apakah dalam fahaman anda ia berlaku sebaliknya?


SUNNI: Dalam ayat penjelasan Surah Al Anfal ayat 8 tersebut, ada huruf ‘athaf yang membezakan antara air hujan dan penyucian dari rijs as-syaitan Jadi ia merujuk kepada dua perkara yang berbeza

“Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu DAN menghilangkan dari rijs al-syaitan”

Penghilangan rijs as-syaitan dan penyucian air hujan adalah perkara yang berbeza

Sebab tu kat tengah2 ada huruf athaf yakni ‘wau’ (DAN)
Jadi saya tidak merujuk kepada penyucian air hujan tapi merujuk kepada penghilangan rijs as-syaitan. Penghilangan ar-Rijs dalam ayat ini tiada kaitan dengan penyucian air hujan

Cuma persoalannya, apakah penghilangan ar-Rijs disini menunjukkan kemaksuman??

SYIAH:  Ibnu Jarir Al Tabari menjelaskan bahawa hujan telah menghilangkan was-was syaitan kerana kaum Muslimin sebelumnya mengerjakan solat dalam keadaan junub. Ibnu katsir dalam tafsirnya menyebut sebuah riwayat mengenai hal ini di mana syaitan membisikkan was2 kepada kaum Muslimin yang dalam keadaan sangat keletihan dan telah pula kehilangan kawasan air kepada tentera musyrikin, sehingga mereka terpaksa menunaikan solat dalam keadaan junub kerana ketiadaan air. Maka dengan hujan tersebut, kaum Muslimin dapat minum, melaksanakan ibadah dengan sempurna yang dengannya telah menghilangkan was-was dari syaitan.

Jadi di sini hilangnya rijs syaitan adalah dikeranakan turunnya hujan, bukan selain itu. Dan mengenai penyucian dalam ayat tathhir, bagaimana anda memungkinkan mereka dapat dihinggapi ketidaksucian apabila Allah SWt sendirilah yang telah menyucikan mereka dengan sesuci-suci penyucian?

SUNNI: tidak jadi masalah saya menerima penjelasan at-Tabari dan Ibnu Kathir tersebut jika dia menafsirkan ar-Rijs syaitan tersebut sebagai gangguan syaitan dan Allah telah menyucikan mereka daripadanya

Tapi apakah itu bermaksud setiap kali selepas solat, selain dari kes tersebut ia menyebabkan mereka telah hilang dari gangguan syaitan? Ataupun ia merujuk kepada spesifik peristiwa tersebut?

Sebab itu saya katakan pada awalnya,saya katakan jikapun ia gangguan syaitan, maka apakah para sahabah telah bebas sepenuhnya dari gangguan syaitan dan tidak sekali-kali melakukan dosa akibat gangguan syaitan??


SYIAH : Sudah tentu secara umumnya hujan tidak menghilangkan was-was syaitan, melainkan anda fikir sebaliknya. Jadi terbukti ia berlaku khusus pada peristiwa tersebut sahaja.   kerana itu sejak awal lagi telah saya katakan kpd anda: "Dalam syiah, air yg turun dari langit/hujan tidak dapat memaksumkan sesiapapun jua. Apakah dalam fahaman anda ia berlaku sebaliknya?

SUNNI: Fokus saya kepada perkataan rijs as-Syaitan. Jadi saya seperti anda berpandangan sama yakni penyucian dengan air hujan tersebut sama sekali tidak menjadikan mereka bebas selamanya dari gangguan syaitan ataupun memaksumkan mereka

Jadi penyucian dari ar-rijs bukanlah hujah memaksumkan mana-mana individu. Sebaliknya yang menjadi hujah ialah perkataan penyucian, saya masih tak faham mengapa kamu masih lagi bercakap soal air hujan, ini kerana penyucian ar rijs itujuga disebut dalam ayat itu malah lebih spesifik lagi dari surah al ahzab 33, maka jika kamu rasa ganjil apabila air hujan memaksumkan seseorang, maka begitu juga la disiplin ilmu kamu itu membingunggkan kami kamu katakan ayat al ahzab 33 itu memaksumkan ahlul bait.

SYIAH: Sudah tentu secara umumnya hujan tidak menghilangkan was-was syaitan, melainkan anda fikir sebaliknya. Jadi terbukti ia berlaku khusus pada peristiwa tersebut sahaja.
SUNNI: Saya tak tahu berapa kali saya sudah ulang, dan anda masih lagi saja bersikap begini, saya ulang semula,  Fokus saya kepada perkataan rijs as-Syaitan. Jadi saya seperti anda berpandangan sama yakni penyucian dengan air hujan tersebut sama sekali tidak menjadikan mereka bebas selamanya dari gangguan syaitan ataupun memaksumkan mereka

Jadi penyucian dari ar-rijs bukanlah hujah memaksumkan mana-mana individu. Sebaliknya yang menjadi hujah ialah perkataan penyucian ! mengapa anda enggan membantah ayat al anfal ini dengan disiplin ilmu syiah, tetapi hanya dengan logic akal iaitu hujan tidak memaksumkan mereka, ini terbukti anda sengaja menakwilkan nas-nas dalam bidang akidah dengan hujah yg tidak kukuh dan terkeliru akhirnya akhirnya menyanggahi disiplin ilmu anda sendiri.

SYIAH: Seperti yang kami semua berpegang, bahawa ada sebab-sebab lain yg menyokong pendapat kami ini, Perkataan innama, hadis kisa’ dan lain-lain, ia semunya menyokong hujah kami pada bab ini !

SUNNI: Baik, kita bincang satu persatu dan kita lihat selepas itu, maka ada apa-apa lagi komen kamu mengenai ar-rijs ini yg boleh membantah hujah saya menerusi disiplin ilmu kamu?

SYIAH: baik, buat masa ini tiada kerana ia ada kaitan dengan hal-hal lain yg menyokong pendapat kami.

SUNNI: Alhamdulillah, akan kami bantah satu persatu, sekarang berkenaan perkataan ar-rijs ini kamu tidak mampu bantah dengan disiplin ilmu kamu. Maka kita pergi pula ke perkara yang kamu kata boleh menyokong kamu.


Bersambung di Bahagian 3

Kemaksuman Para Ahlul Bait Bahagian 1: Surah Al-Ahzab 33 dan Hadis Kisa'

Assalamualaikum wbt.

Artikel ini bertujuan menjawab dakwaan Syiah atau Hujah yang menjadi Tulang Belakang mereka dalam memaksumkan Ahlul Bait.

Permasalahan ini terbahagi kepada beberapa isu, iaitu Hadis Kisa' (Asbabun Nuzun), Penyucian Ar-Rijs, Dhomir Muannath dan Muzakkar dan lain-lain. diharapkan para pembaca akan dapat menghabiskan edisi kali ini sebanyak 5 bahagian.

Berkenaan dengan Hadis Kisa', apa yang pembaca perlu sedar ia banyak periwayatan yang bermasalah. Namun, tidak dinafikan banyak juga yang sahih. oleh sebab itulah, harus berhati-hati ketika berbicara berkenaan Hadis Kisa'.

Sesetengah Syiah yang baru belajar, mereka akan mengambil jalan pintas dengan membawa Hadis Kisa' yang mengatakan bahawa Ayat dari Surah Al Ahzab 33 itu diturunkan tepat kepada 5 orang iaitu Ahlul Kisa'. Antara hadis yang mereka gunakan adalah:


1.
وحدثنا ابن أبي داود أيضا قال حدثنا سليمان بن داود المهري قال حدثنا عبد الله بن وهب قال حدثنا أبو صخر عن أبي معاوية البجلي عن سعيد بن جبير عن أبي الصهباء عن عمرة الهمدانية قالت قالت لي أم سلمة أنت عمرة ؟ قالت : قلت نعم يا أمتاه ألا تخبريني عن هذا الرجل الذي أصيب بين ظهرانينا ، فمحب وغير محب ؟ فقالت أم سلمة أنزل الله عز وجل إنما يريد الله ليذهب عنكم الرجس أهل البيت ويطهركم تطهيرا وما في البيت إلا جبريل ورسول الله صلى الله عليه وسلم وعلي وفاطمة والحسن والحسين رضي الله عنهما وأنا فقلت : يا رسول الله أنا من أهل البيت ؟ قال أنت من صالحي نسائي قالت أم سلمة : يا عمرة فلو قال نعم كان أحب إلي مما تطلع عليه الشمس وتغرب

Telah menceritakan kepada kami Ibnu Abi Dawud yang berkata telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Dawud Al Mahriy yang berkata telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Wahb yang berkata telah menceritakan kepada kami Abu Shakhr dari Abu Muawiyah Al Bajaliy dari Sa’id bin Jubair dari Abi Shahba’ dari ‘Amrah Al Hamdaniyah yang berkata Ummu Salamah berkata kepadaku “engkau ‘Amrah?”. Aku berkata “ya, wahai Ibu kabarkanlah kepadaku tentang laki-laki yang gugur di tengah-tengah kita, ia dicintai sebagian orang dan tidak dicintai oleh yang lain. Ummu Salamah berkata “Allah SWT menurunkan ayat Sesungguhnya Allah berkehendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Bait dan menyucikanmu sesuci-sucinya, dan ketika itu tidak ada di rumahku selain Jibril, Rasulullah, Ali, Fathimah, Hasan, Husein dan aku, aku berkata “wahai Rasulullah apakah aku termasuk Ahlul Bait?”. Beliau [shallallahu ‘alaihi wasallam] berkata “engkau termasuk istriku yang shalih”. Ummu Salamah berkata “wahai ‘Amrah sekiranya Beliau [shallallahu ‘alaihi wasallam] menjawab iya niscaya jawaban itu lebih aku sukai daripada semua yang terbentang antara timur dan barat [dunia dan seisinya]."
[Asy Syari’ah Al Ajjuri 4/248 nombor 1542.]
______________

2.
حدثنا فهد ثنا عثمان بن أبي شيبة ثنا حرير بن عبد الحميد عن الأعمش عن جعفر بن عبد الرحمن البجلي عن حكيم بن سعيد عن أم سلمة قالت نزلت هذه الآية في رسول الله وعلي وفاطمة وحسن وحسين إنما يريد الله ليذهب عنكم الرجس أهل البيت ويطهركم تطهيرا

Telah menceritakan kepada kami Fahd yang berkata telah menceritakan kepada kami Usman bin Abi Syaibah yang berkata telah menceritakan kepada kami Jarir bin Abdul Hamid dari ’Amasy dari Ja’far bin Abdurrahman Al Bajali dari Hakim bin Saad dari Ummu Salamah yang berkata: "Ayat [Sesungguhnya Allah berkehendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Bait dan menyucikanmu sesuci-sucinya] turun ditujukan untuk Rasulullah, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain."
[Musykil Al Atsar Ath Thahawi 1/227]
_______________

3. Riwayat Ummu Salamah dikuatkan oleh riwayat Abu Sa’id Al Khudri sebagai berikut:

حدثنا الحسن بن أحمد بن حبيب الكرماني بطرسوس حدثنا أبو الربيع الزهراني حدثنا عمار بن محمد عن سفيان الثوري عن أبي الجحاف داود بن أبي عوف عن عطية العوفي عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه في قوله عز و جل إنما يريد الله ليذهب عنكم الرجس أهل البيت ويطهركم تطهيرا قال نزلت في خمسة في رسول الله صلى الله عليه و سلم وعلي وفاطمة والحسن والحسين رضي الله عنهم

Telah menceritakan kepada kami Hasan bin Ahmad bin Habib Al Kirmani yang berkata telah menceirtakan kepada kami Abu Rabi’ Az Zahrani yang berkata telah menceritakan kepada kami Umar bin Muhammad dari Sufyan Ats Tsawri dari Abi Jahhaf Daud bin Abi ‘Auf dari Athiyyah Al ‘Aufiy dari Abu Said Al Khudri RA bahwa firman Allah SWT [Sesungguhnya Allah berkehendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Bait dan menyucikanmu sesuci-sucinya] turun untuk lima orang yaitu Rasulullah SAW Ali Fathimah Hasan dan Husain radiallahuanhum."
[Mu’jam As Shaghir Thabrani 1/231 no 375]
________________

4. Ummu Salamah mengakui kalau ia bukan ahlul bait yang dimaksud dan jawaban Nabi “kamu dalam kebaikan” dipahami oleh Ummu Salamah bahwa ia tidak termasuk dalam Ahlul Bait Al Ahzab 33 yang disucikan:

عن أم سلمة رضي الله عنها أنها قالت : في بيتي نزلت هذه الآية { إنما يريد الله ليذهب عنكم الرجس أهل البيت } قالت : فأرسل رسول الله صلى الله عليه و سلم إلى علي و فاطمة و الحسن و الحسين رضوان الله عليهم أجمعين فقال : اللهم هؤلاء أهل بيتي قالت أم سلمة : يا رسول الله ما أنا من أهل البيت ؟ قال : إنك أهلي خير و هؤلاء أهل بيتي اللهم أهلي أحق

D­ari Ummu Salamah RA yang berkata “Turun dirumahku ayat [Sesungguhnya Allah berkehendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Bait] kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali Fathimah Hasan dan Husain radiallahuanhu ajma’in dan berkata “Ya Allah merekalah Ahlul BaitKu”. Ummu Salamah berkata “wahai Rasulullah apakah aku termasuk Ahlul Bait?”. Rasul SAW menjawab “kamu keluargaku yang baik dan Merekalah Ahlul BaitKu Ya Allah keluargaku yang haq”.
[Al Mustadrak 2/451 no 3558 dishahihkan oleh Al Hakim dan Adz Dzahabi]


Ini adalah Jawapan Ahlussunnah 


Secara ringkasnya dan sepintas lalu jika mahu bahas hadis berkenaan Akidah, maka ia perlu hadis yang :

1) Sahih

2) Qothie

3) JIka ada 2 Hadis Sahih bertembung tetapi berlainan darjat tahap kesahihannya, maka lafaz dan konteks hadis yang lebih tinggi darjat sahihnya perlu diutamakan dalam memahami konteks hadis sahih yg rendah darjatnya. Ini kita dapat lihat dalam hadis Jariyyah dalam sahih muslim. Dalam riwayat lain ada lagi hadis yg lebih tinggi darjat kesahihannya, maka konteks yg lebih sahih itu diutamakan dalam memahami hadis sahih yang lebih rendah darjat kesahihannya.

Tujuannya disini adalah supaya dalam bab akidah, ia tidak dibenarkan menafsirkan sesuatu nas dengan sewenang-wenangnya dan sebab itu kita dilarang khilaf dalam bab usul akidah, syiah menganggap hadis-hadis ini digunakan sebagai usul akidah mereka iaitu bab kemaksuman iamamah yg terdiri dari ahlulbait.

Bagi menjawab hadis yang pertama iaitu dari  [Asy Syari’ah Al Ajjuri 4/248 nombor 1542.]

Setelah kami semak:

Ibnu Hibban dan Al Ijli dikenal sebagai mutasaahil (terlalu bermudah-mudahan) dalam penilaian tsiqah. Ibnu Hibban banyak meletakkan perawi dalam kitabnya ats-Tsiqaat yang sebenarnya majhuul (tidak dikenal).

As-Sakhowy –murid al-Hafidz Ibnu Hajar- menyatakan dalam Fathul Mughits juz 1 halaman 35 :
وابن حبان يداني الحاكم في التساهل
“ dan Ibnu Hibban mendekati al-Haakim dalam hal ‘tasaahul’ (melonggarkan)
بل ربما يخرج للمجهولين
“ bahkan kadang-kadang mengeluarkan (perawi) yang (masuk kategori) tidak dikenal”

dan ini memang kami maklum lagi berkenaan ini.

tambahan pula, dalam [Ats Tsiqat Ibnu Hibban 5/4880] Ibnu Hibbaan menyebutkan dalam Ats-Tsiqaat : ‘Amrah bintusy-Syaafi’, meriwayatkan darinya ‘Ammaar Ad-Duhniy – TANPA men-jazm-kan lafadh tautsiq.

mana boleh ambil terus jika ulama-ulama yg terkenal dengan taasahul sahaja yg menstiqatkannya. tambahan pula hanya 2 org perawi sahaja yg meriwayatkannya.

seterusnya,

Telah menjadi kemakluman bahwa seorang perawi yang hanya ditautsiq para imam yang dikenal tasaahul dalam tautsiq sementara hanya satu atau dua orang perawi yang meriwayatkan darinya, TIDAKLAH mengangkat status kemajhulan dirinya. Jika ada orang Syi’ah yang sering membaca-baca buku Tahriirut-Taqriib karya Basyaar ‘Awwaad, tentu akan mengetahui.

maka, dengan ini adakah anda menganggap hadis ini sahih lagi? atau ia tidak sahih, hassan dan dhoif tertolak dalam perbahasan akidah.

bagaimana? masih menganggapnya sahih? kami tidak.Ini tidak menepati kriteria perbahasan akidah iaitu memerlukan Hadis yang sohih dan Qothie.


Seterusnya hadis yang kedua iaitu [Musykil Al Atsar Ath Thahawi 1/227], setelah kami semak,

bahawa hadis ini perawinya semua thiqah kecuali Ja’far bin Abdurrahman Al Bajali. Maka, kemungkinan riwayat ini bertaraf hasan kerana matannya dikuatkan lagi dengan matan yang lain, namun, disini kita dapat tahu kedudukan hadis ini tidak lah tinggi darjatnya JIKA sahih pun. Ia jatuh dalam kategori nombor (3) diatas JIKA sahih. Jika TIDAK SAHIH atau HASAN maka ia kategori nombor (1). Ini kerana Ta'dilnya hanya datang dari Ibnu Hibban sahaja. kita telah bincangkan berkenaan Ibnu Hibban.


Seterusnya hadis kisa’ riwayat [Mu’jam As Shaghir Thabrani 1/231 no 375], syiah mendakwa menggunakan riwayat ini bagi menyokong riwyaat diatas, setelah kami semak, nyatanya:

All narrations with such text were reported via Atiya Awfe, and are weak.
“Atiyyah ibn Sad al-Awfe al-Koofe” : Scholars of Islam almost agreed upon his weakness.  Dhahabi, Abu Hatim, Nasai, Ahmad said he’s weak (“Mizanul itidal” 3/79/#5667). He was also weakned by Sufyan Thawri and Ibn Adi (“Tahzib al-kamal” 20/#3956).  Heythami in “Majmau zawaid” #11125 said Atiyyah weak, abandoned. “‘Atiyyah is weak as declared by an -Nawawee in al-Adhkaar, Ibn Taimiyyah in al-Qaa’idatul-Jaliyyah and adh-Dhahabee in al-Meezaan; indeed in ad-Du’afaa (88/1) he says: “They are agreed upon his weakness.” Also by al-Haafidh al-Haithamee in various places in Majma’uz-Zawaa’id from them (5/236)
Hujah tambahan:

Walaupon segelintir Syiah mahu lagi meletakkan Perawi tersebut masih lagi kuat, namun kami katakan, jika kuat pun, ia hanya Hassan, kami sudah jelaskan ini bab hukum akidah, ia mesti hadis yang sahih.

Riwayat yang terakhir adalah dari [Al Mustadrak 2/451 no 3558 dishahihkan oleh Al Hakim dan Adz Dzahabi]. Setelah kami semak, maka:

Firstly, Some of the narrators of this narration have slight weaknesses. We’re not saying that the chain is weak. However, this version of the hadith is weaker than the others.
Abdulrahman bin Abdullah bin Dinar:
Yahya bin Ma’een said: I find weakness in his hadith.
Abdulrahman bin Mahdi didn’t narrate his hadith.
Abu Hatim said that he is soft. His hadith can be written down, but he cannot be used.
Ibn Adi said that he narrates munkar narrations, and his opinion is similar to the opinion of Abu Hatim. Abu Hatim said he shouldn’t be rely on. (Mizan 2/572)
As for Shareekk ibn Abi Namr, most scholars said, “laysa bihi ba’s”, Nasai said he’s not strong. Abu Dawud said thiqat.
Hujah Tambahan

that all of the report which talks about Hz Um Salama’s (ra) question and reply of the Prophet (pbuh), has some disputed narrator. And many a time different words are being narrated through a single route. Take for example the report which in question, Bayhaqi narrates it through the same route of Abdur-Rahman bin Abdullah bin Deenar – Shuraik bin Abi Nimr – Ata bin Yasar – Um Salama (ra), but with the wording in which Ummul Mumineen(ra) asked, “am i not from Ahlul Bayt?” to that Prophet (pbuh) replied, “of course (balaa), Insha Allah”. Thus we can see the difference.
Now the thing is that these narrations of Kisa’a (Cloak) are conflicting and contraditcing each other and the only reason the scholars grade them as Sahih is because they are narrations of virtues.
Lagi Hujahnya
Secondly some of the wordings of this narration (i.e إنك أهلي خير و هؤلاء أهل بيتي ) are odd, because here we see that there is some slight distinction between “ahel and ahlul-bayt” although in reality the arabs never made a distinction between these as they are the same thing, this is illustrated by many of the most authentic Hadiths in Bukhari and Muslim:
ففي الحديث الشريف قال سيدنا أنس
فخرج النبي صلى الله عليه وسلم فانطلق إلى حجرة عائشة فقال السلام عليكم أهل البيت ورحمة الله فقالت وعليك السلام ورحمة الله كيف وجدت أهلك بارك الله لك فتقرى حجر نسائه كلهن يقول لهن كما يقول لعائشة ويقلن له كما قالت عائشة
صحيح البخاري ج4/ص1799
صحيح مسلم ج2/ص1046
and this one:
وفي حديث الإفك
فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم من يعذرنا من رجل بلغني أذاه في أهل بيتي فوالله ما علمت من أهلي إلا خيرا
صحيح البخاري ج2/ص932
صحيح مسلم ج4/ص2133
As the conclusion, The reason for its weakness: This is because it shows that its narrators have not been precise in what they were narrating.

Jadi, ia Hadis Sahih yang ganjil (Syadz) kerana sebab-sebab yang kami nyatakan, rawi yang thiqah, tetapi darjat nya rendah dan ia juga ada lafaz yang ganjil seperti yg kami sebutkan. masuk dalam kategori ke- (3). Kami memang mengambil kira perbahasan sebegini, anda boleh rujuk bagaimana kami membahaskan Hadis jariyyah dalam Sahih Muslim.

Kesimpulan
Jika kita lihat semula, hanya syiah yang bertaraf junior sahaja yang menjaja riwayat ini, kerana mereka mungkin tidak tahu bahawa  riwayat sebegini ada perbahasannya yang menolaknya, ini kerana mereka terdesak dalam isu ar-rijs, innama, dhomir arab nya dan lain-lain dalam membahaskan ayat itu, maka mereka mengambil jalan singkatdengan membawa 4 hadis yang lemah (tertolak dalam bab akidah) utk digunakan, saya yakin tok guru mereka tahu bahawa hadis ini tidak jadi hujah dalam bab akidah.


Bersambung Ke Bahagian 2